Isnin, 26 Januari 2015

aku halalkan

aku halalkan segala umpatan manis mahupun benci

aku halalkan segala caci dan maki

aku halalkan segala yang terbit dari hati; benci- amarah- dan segala

kerana aku juga manusia hina yang tak lari dari melahirkan segala rasa itu

kerana aku juga sering terdetik untuk melahirkan seribu rasa itu

jadi aku, halalkan semua. 

dan aku-
tidak mahu engkau payah mencari aku kembali disana nanti.
aku juga- meminta maaf setulus hati aku 

dan aku halalkan semua.


2 ulasan: