masih kau ingat setiap perkataan ini?
masih kau ingat, bahawa perkataan ini yang akan kita tanya hampir setiap hari?
entah mengapa, aku masih ingat.
fasa yang ku kira baru ini, sakit rasanya. sakit menanggung yang orang bilang; rindu.
apa masih berbara api cinta yang kita bina dahulu?
persoalannya..
aku harus berhenti. kerana aku masih pegang kata ini;
Ada, maka ada. walau jauh di kutub bumi. maka Tuhan kita tulis, kita bersama. maka bersama.
ramai memperlekehkan kata ini- ramai yang mentertawakan kata ini-
tapi tiba waktunya, mereka duduk mengerti.
dan perjalananku masih jauh. jika dengan izin Tuhan, aku harus hidup dengan berlandaskan syariat-Nya
maka tidak perlu aku menebarkan omong kosong, jadi wahai Tuhanku. Aku berserah, segala masalah duniaku yang telah Engkau lebih mengetahui.
dari itu, apa yang terbaik hanyalah Engkau yang tahu.
ilmu sedikit, nafsunya banyak. jadi berbalik pada diri.
tanya hati, apa berbaloi aku buat ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan