Isnin, 25 November 2013

Pendendam

Aku tahu perasaan ini harus aku padam
Aku tak dendam 
Aku cuma rasa marah 
Marah yang terlalu membuak-buak

Aku tahu perasaan ini salah
Perasaan ini lahir daripada syaitan yang direjam
Tapi aku manusia biasa 
Punya perasaan yang tidak dapat aku kawal

Kerana itu--
Aku sentiasa memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui yang Maha Pengasih
Semoga diri ini diberi kekuatan 
Semoga kebencian dalam diri hilang dihapuskan secepat mungkin bagai angin yang berterbangan

Maafkan diri yang serba kekurangan
Mohon dititipkan doa 
Semoga Nur Maisarah sentiasa dibersihkan hati & diterangi hati selalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan