Khamis, 21 November 2013

Cakap tak serupa bikin

Kadang-kadang kan kita selalu cakap macamni--
"Aku akan berubah."

Tapi lama kelamaan part berubah tu hilang tah kemana

Thats why adanya pepatah--
Cakap tak serupa bikin

Cakap memang senang 
Macam angin yang terbang tu
Tapi part nak buat ya Allah,
Cuma Dia yang tahu

Percaya tak kalau saya cakap nafsu kita tu banyak 
Sekali kita tak boleh kawal--
Dush merana hidup menyesal tak sudah bak hang

Tapi
Ada tapinya kan? 
Allah SWT Maha Adil
Dia tahu hamba-Nya tidak kuat jika tidak diberi pertolongan

Sebab tu sebagai hamba kita berdoa 
Doa sesuatu yang mudah

Allah SWT suka orang yang buat kerja berterusan 
Itu dipanggil istiqomah
Sedikit sedikit lama lama jadi bukit
Bukit itulah usaha kita yang menggunung & berjaya

Allah SWT tidak akan membebankan umat-Nya jika umat-Nya tidak boleh menghadapi ujian itu 

Maha Besar Allah sungguh tidak terkata 
Hamba yang kerdil lagi hina
Memang sangat memerlukan pertolongan Allah SWT 

Wahai keluarga yang disayangi,
Semoga kasih sayang antara kita semakin bertambah
Mohon keluarga kita sentiasa bahagia 

Detik indah walaupun tidak dicerita--
Tapi detik itu sentiasa diingati dalam minda

Tetap teguh kasihku terharap keluargaku
Moga syurga destinasi keluargaku--
Bersama sama meniti kehidupan dunia,
Untuk capai kejayaan di akhirat 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan