moga dibuang dendam dan sayu FJ, terbang tunduk
tidak lah aku bisa menipu diriku
tidak lah bisa aku melupa segala
aku cuba untuk lupa
aku cuba untuk hapus segala rasa
Tuhan kata, usaha dan usaha
aku? menangis, sambil berdoa--
agar dihapuskan rasa ini
jujur aku tidak mahu rasa ini kerana perit rasanya
tahun baru-- azam baru? tidak.
bukan semudah itu.
orang kata-- alah, itu pun hendak engkau gusarkan
itu pun hendak engkau panjangkan
wahai orang, duduk dan cuba berada ditempatku
yang pertama itu sukar
yang pertama itu sakit
walhal keluarga sudah merestui, tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Tuhan?
aku yakin, seikhlas hati satu masa nanti pulihlah segala sakit dan hilang segala rasa
kerana aku yakin, Tuhan buat untuk aku belajar
dan i learnt my lesson(s)
kau jangan sombong wahai manusia, Tuhan berkuasa. percaya kataku.
kau siapa, untuk menidakkan ketentuan Tuhan?
wahai yang pertama, terima kasih aku ucapkan kerana memberi aku seribu rasa kenangan manis yang aku sentiasa mengingati-- dan yang pahit, yang aku akan hapuskan
kenangan manis kita simpan, bukan? aku masih simpan, usah kau risau. aku mengaku, dan aku akan jujur, aku masih ada rasa benci dalam diri. benci kerana masih terkenang apa yang dinamakan rasa yang pertama itu
mama once said, Tuhan beri apa yang kita perlu
dan disini jelas menunjukkan, aku tidak memerlukanmu-- disisiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan