Jumaat, 26 Disember 2014

dari; mawar

Apa guna buat tapi tak tahu maksud?

Apa guna tahu tapi tak mendalami?

Apa guna baca laju sampai tak sempat nak reflek diri?

Apa guna ayatnya hanya meniti di bibir tanpa renungan?

Apa guna?

Apa guna?


Kau tahu maksud duduk antara dua sujud?
Tak

Rabbighfirli .. (Tuhanku, ampuni aku)
Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku. Jauhilah aku daripada perkara-perkara yang membuatMu murka ya Allah.


Warhamni.. (Sayangi aku)
Ya Allah, sayangilah aku meskipun aku hamba yang sering meluapaiMu ya Allah.


Wajburni.. (Tutuplah aib-aibku)
Ya Allah, tutuplah aibku. 


Warfa’nii.. (Angkatlah darjatku)
Ya Allah, angkat darjatku untuk bersama ahli syurga yang lain di alam akhirat. Sesungguhnya dunia ini neraka buat orang Muslim dan syurga buat orang kafir. Aku mohon Ya Allah.


Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki)
Sesungguhnya engkau sumber rezekiku. Aku menjadi hamba yang tamak. Tidak bersyukur atas rezeki tubuh badan dan anggota yang sempurna. Ya Allah ya Maha Pemurah, Kau berikanlah aku rezeki yang halal, yang membawa aku ke jalan yang benar. Jauhilah aku dengan rezeki yang akan menutup pintu syurgaku.


Wahdini.. (Berikanlah aku pertunjuk)
Ya Allah, sesungguhnya manusia itu sering dalam kealpaan. Kau berikanlah aku petunjukMu Ya Allah. Tetapkanlah hati aku agar untuk terus istiqamah ke jalanMu ya Allah. 


Wa’Aafinii.. (Sihatkan aku)
Ya Allah, terima kasih atas tubuh badan yang sihat. Tetapkanlah hati aku untuk menggunakan kesihatan yang Kau berikan untuk terus beribadah dan tunduk kepadaMu ya Allah. 


Wa’fuannii.. (Maafkan aku)
Ya Allah maafkan aku. Sesungguhnya aku hamba yang tamak. Sering lupa akan rezeki yang telah Kau berikan. Maafkan aku ya Allah, ampunkan aku ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.




‘ Memahami erti ayat dalam solat lagi bagus daripada terus laju membaca tanpa faham maksud tersebut’ – Diana Amir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan