Isnin, 13 Januari 2014

Sejambak bunga

"Sejambak bunga"

Kata-kata semangat akanku pegang 
Hingga diri naik ke pentas 
Untuk menerima sejambak bunga
Untuk menerima sekalung penghargaan

Maruah yang tercalar sudah diubati 
Dengan harga yang telah dibeli 

Sejambak bunga akan ku terima 
Jika masih berpegang pada kata 
Kata sendiri maruah terjaga 

Sejambak bunga akan ku ambil
Daripada keluarga tercinta 
Daripada sekolah tercinta 

Sejambak bunga pada tarikh keramat 
Doaku moga makbul segala doa 
Doaku moga tercapai usaha gigih
Doaku moga kedua Ibubapaku bangga 

Sejambak bunga inginku pegang 
Sejambak bunga menandakan--
Aku berjaya membanggakan kedua Ibubapa
Aku berjaya meraih kejayaan 
Kejayaan dunia 
&& semoga kejayaan diakhirat--
Akanku capai juga, sentiasa

Semuanya--
Dengan redha-Mu Ya Allah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan